Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010

Tahniah kepada semua guru dan murid-murid SKSKP kerana telah berjaya memberikan komitmen dan kerjasama yang padu bagi menjayakan majlis sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Diharapkan usaha yang mulia ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA KE-53

1 MALAYSIA
MENJANA TRANSFORMASI

Thursday, August 26, 2010

Cuti Berganti Sempena Hari Perayaan Aidilfitri

Sekolah akan mengambil cuti berganti sempena hari raya Aidil Fitri seperti ketetapan berikut:

Cuti

14.9.2010 (Selasa)

Diganti pada

28.8.2010 (Sabtu)
Jadual hari Selasa

Cuti

15.9,2010 (Rabu)

Diganti pada
18.9.2010 (Sabtu)
Jadual hari Rabu

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Khatam Al-Quran

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah menjemput dan mempersilakan semua ibu bapa dan penjaga murid-murid Islam Tahun 6 untuk hadir ke majlis tersebut seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 28 OGOS 2010 (SABTU)
MASA : 7.20 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
TEMPAT : DI DEWAN SERI PUTERI SKSKP

Kerjasama tuan/puan amat dialu-alukan bagi memberi perangsang dan semangat kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Saturday, August 7, 2010

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik (Tahun 1-6)

Rancangan Pengajaran untuk Matematik tahun 1 hinnga 6.

Untuk memuat turun file. Sila "klik di sini"

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua warga SKSKP.

Cara Memuat Turun File

Langkah-langkah untuk memuat turun (download) file di dalam blog SKSKP:
  1. Klik pada "klik di sini".
  2. Cari nama file yang hendak dimuat turun.
  3. Klik pada nama file tersebut.
  4. Tunggu sehingga proses memuat turun (download) selesai.
  5. File tersebut sedia digunakan.
  6. File yang dimuat turun akan disimpan di dalam folder my document>download.

Modul Sinar Matematik

Soalan-soalan Matematik sesuai untuk dijadikan latihan ulangkaji dan latih tubi bagi murid-murid tahap 2(tahun 4,5 dan 6)

Sila "klik di sini" untuk memuat turun modul sinar Matematik.

Thursday, August 5, 2010

Keputusan Percubaan UPSR (UPPM 3) 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan mendapat 5A di dalam peperiksaan percubaan UPSR (UPPM 3).
Nama-nama murid yang mendapat 5A:
  1. IRENNY AK RUMPANG
  2. NURUL NABILAH BT MD SHARIFF
  3. JACKY KADUM AK BEDELI
  4. FLORA LIZZA AK DAMPAN
  5. AMEERA AMANI BT AMRUDDIN
Cikgu-cikgu SKSKP sentiasa mendoakan agar semua murid SKSKP akan lebih maju dan berjaya dimasa hadapan.