Sunday, November 28, 2010

Perkhemahan Unit Pakaian Seragam 2010 - SAJ Training Center Sg Layang


Poco -poco

Keputusan UPSR 2010

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat 5 A di dalam peperiksaan UPSR tahun 2010.

  1. Irenny Ak Rumpang ( 5A )
  2. Jacky Kadum Ak Bedeli ( 5A )
  3. Ameera Amani Bt Amruddin ( 5A )
  4. Flora Lizza Ak Dampan ( 5A )
  5. Muhammad Syazwan B Ab Rahman ( 5A )
Tahnia juga diucapkan kepada semua warga pendidik SKSKP di atas usaha yang dilakukan sehingga mencapai hasil yang memberangsangkan.

Monday, November 22, 2010

Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010

Tahniah kepada semua guru dan murid-murid SKSKP kerana telah berjaya memberikan komitmen dan kerjasama yang padu bagi menjayakan majlis sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Diharapkan usaha yang mulia ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA KE-53

1 MALAYSIA
MENJANA TRANSFORMASI

Thursday, August 26, 2010

Cuti Berganti Sempena Hari Perayaan Aidilfitri

Sekolah akan mengambil cuti berganti sempena hari raya Aidil Fitri seperti ketetapan berikut:

Cuti

14.9.2010 (Selasa)

Diganti pada

28.8.2010 (Sabtu)
Jadual hari Selasa

Cuti

15.9,2010 (Rabu)

Diganti pada
18.9.2010 (Sabtu)
Jadual hari Rabu

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Khatam Al-Quran

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah menjemput dan mempersilakan semua ibu bapa dan penjaga murid-murid Islam Tahun 6 untuk hadir ke majlis tersebut seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 28 OGOS 2010 (SABTU)
MASA : 7.20 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
TEMPAT : DI DEWAN SERI PUTERI SKSKP

Kerjasama tuan/puan amat dialu-alukan bagi memberi perangsang dan semangat kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Saturday, August 7, 2010

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik (Tahun 1-6)

Rancangan Pengajaran untuk Matematik tahun 1 hinnga 6.

Untuk memuat turun file. Sila "klik di sini"

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua warga SKSKP.

Cara Memuat Turun File

Langkah-langkah untuk memuat turun (download) file di dalam blog SKSKP:
  1. Klik pada "klik di sini".
  2. Cari nama file yang hendak dimuat turun.
  3. Klik pada nama file tersebut.
  4. Tunggu sehingga proses memuat turun (download) selesai.
  5. File tersebut sedia digunakan.
  6. File yang dimuat turun akan disimpan di dalam folder my document>download.

Modul Sinar Matematik

Soalan-soalan Matematik sesuai untuk dijadikan latihan ulangkaji dan latih tubi bagi murid-murid tahap 2(tahun 4,5 dan 6)

Sila "klik di sini" untuk memuat turun modul sinar Matematik.

Thursday, August 5, 2010

Keputusan Percubaan UPSR (UPPM 3) 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan mendapat 5A di dalam peperiksaan percubaan UPSR (UPPM 3).
Nama-nama murid yang mendapat 5A:
  1. IRENNY AK RUMPANG
  2. NURUL NABILAH BT MD SHARIFF
  3. JACKY KADUM AK BEDELI
  4. FLORA LIZZA AK DAMPAN
  5. AMEERA AMANI BT AMRUDDIN
Cikgu-cikgu SKSKP sentiasa mendoakan agar semua murid SKSKP akan lebih maju dan berjaya dimasa hadapan.

Sunday, July 11, 2010

Bulan Membaca Julai 2010





Bulan Membaca Julai 2010





POSTMORTEM UPPM2

Kes pencerobohan sekolah

SKSKP sekali lg diceroboh oleh pihak yg tidak bertanggungjawab pd hari sabtu 10 Julai 2010. Penceroboh menggeledah bilik guru dan pejabat sekolah dan berjaya melarikan wang tunai yg disimpan di dalam bilik guru. Ekoran drp kejadian ini guru-guru dinasihatkn agar tidak meninggalkan barang2 yg berharga dibilik guru. Semasa kejadian, pegawai keselamatan yg bertugas mendakwa tidak menyedari tentang pencerobohan itu. Laporan polis telah pun dibuat dan diharapkan agar pihak berkuasa dapat memberkas penceroboh terbabit dengan segera. Kerjasama drp guru-guru diharapkan untuk mengemas dan membersihkan semula bilik guru kepada keadaan asal.

Saturday, July 10, 2010

Jadual Pelaksanaan Ujian SEGAK 2010

MASA UJIAN : 7.20 PAGI HARI/TARIKH TAHUN

SELASA 4T, 4C
RABU 4G, 5T
KHAMIS 6T, 6C, 6G
JUMAAT 5C, 5G

Friday, July 9, 2010